Tuesday, June 14, 2011

Andai..

Andai diselak sehelai demi sehelai surat cinta itu,
hati yang sesaat tadi rasa bungkam mula terusik,
gelora mula dirasa,
bukan resah bukan juga marah,
namun kedua-duanya,
dan ia juga beserta air mata,

Andai ditatap setiap bait firman-Nya,
hati yang tadi kosong mula berombak sayu,
sayu dalam menghitung diri,
lantaran setiap dari firman-Nya,
terasa dekat menusuk sanubari,
dan rindu itu mula berputik,

Andai aku hitung kata-kata itu,
hati yang sesaat tadi alpa mula merasa kerdilanya,
dibawah cinta yang Maha Esa yang sentiasa ada,
terlalu banyak diulang kata-kata itu,
'sabar' yang kekadang hilang ertinya bagi ku,
dan ia suatu yang membawa duka,

Andai aku tak pernah tahu,
tak mahu ia begitu,
pilu atas silapku,
yang menyerah kalah kepada nafsu,
ia bukan sekadar kata,
perlu seiring dengan tekadku,
doakan diri ku...

No comments: