Tuesday, June 14, 2011

Andai..

Andai diselak sehelai demi sehelai surat cinta itu,
hati yang sesaat tadi rasa bungkam mula terusik,
gelora mula dirasa,
bukan resah bukan juga marah,
namun kedua-duanya,
dan ia juga beserta air mata,

Andai ditatap setiap bait firman-Nya,
hati yang tadi kosong mula berombak sayu,
sayu dalam menghitung diri,
lantaran setiap dari firman-Nya,
terasa dekat menusuk sanubari,
dan rindu itu mula berputik,

Andai aku hitung kata-kata itu,
hati yang sesaat tadi alpa mula merasa kerdilanya,
dibawah cinta yang Maha Esa yang sentiasa ada,
terlalu banyak diulang kata-kata itu,
'sabar' yang kekadang hilang ertinya bagi ku,
dan ia suatu yang membawa duka,

Andai aku tak pernah tahu,
tak mahu ia begitu,
pilu atas silapku,
yang menyerah kalah kepada nafsu,
ia bukan sekadar kata,
perlu seiring dengan tekadku,
doakan diri ku...

Sunday, March 27, 2011

Keliru :'(

keliru itu sering bertandang..
lantaran terpandang yang kurang senang..
mulut dia berkata sayang..
namun tingkahnya seribu kali sayang..
keliru..
mengapa..
sudah sedari dia hiasan dunia..
tertutup indah dari mata-mata..
namun ia mempamerkan terus pada dunia..
apa dia tak tahu akan fitrah si adam..
walau dengan melihat hati boleh tenggelam..
syaitan mula menunjuk belang..
jadikan si hawa sebagai senjata..
senjata pemusnah iman si adam..
yang tertutup tak perlu didagang..
cukup Allah yang memandang..
erti menjaga buat yang halal perlu dipegang..
semoga kita tidak tenggelam..
di arus dunia kian mencengkam..

Saturday, February 5, 2011

tika itu


tika itu aku melihat
airmata itu berguguran
inginku seka si airmata
namun ia mohon seribu pengertian
merela ia pergi demi mencari setitis kekuatan

Thursday, November 18, 2010

saya cuma kata


bismillah...

erm... saat tangan ini laju menekan huruf-huruf yang ada di keyboard, kepala ni rasa macam nak pitam...

erm...
saya rasa sangat2 tak best...

kenapa??
saya pun tak tahu..

tapi kenapa tak tahu??
saya pun kurang mengerti..

erm...
if tengok srikandi lain..
diorang sibuk membincangkan hal-hal yang menarik..
sentiasa menggunakan bahasa dakwah...

saya??
sibuk dengan diri sendiri..
saya sedih

kenapa??
sebab saya tak macam mereka..

tapi kenapa??
sebab... saya banyak bagi alasan..
so xleh nak bg alasan ler...


erm..
saya sangat suka nak jadi macam mereka

tapi..
tapi kenapa yek??

erm.. saya pun tak faham..

Rabbi... :'(


Tuesday, October 12, 2010

kita perlu jaga diri kita dulu...


bismillah...


hari tu der org tanya...

"kenapa ukhti tak letak gmbar dlm lama maya ni?"

saya jawab...

"xperlu kot. takut mengundang dosa"

...........

sukar untuk saya berkata-kata.. cumer saya rasa saya perlu berhati-hati... ikut hati memang nak sgt tunjuk gambar-gambar saya.. dan biler buat pemilihan gambar saya mesti nak pilih gambar-gambar yang cant6ttikkkk2... jer.. huhu.. fitrah manusia suka yang cantik-cantik.. fitrah manusia suka mendengar pujian..

tapi terfikir...

untuk siapa??

kenapa??

pa kesan nya??

erm....

terpaksa batalkan niat...

apabila melihat gambar2 para ukhti di laman maya.. terbit di hati..

"cantik, manis"

itu dari ku dari saya yang merupakan seorang ukhti juga... bagaimana jika ia datang dari seorang akhi?? apa kesan nyer??.. kita dah mngundang rasa pada hati mereka, lagi2 pada hati yang berpenyakit.. tak pasal2 kiter dapat dosa kering...

bayangkan.. kaum adam terangsang sebanyak 40 kali sehari... bagaimana jika gambar kita adalah punca kepada ransangan itu.. tak pasal2 kita pun dapat saham.. so, jgn mengundang masalah..

der orang tu rasa rimas diganggu kaum adam.. dan .. apabila di lihat di laman maya die.. terdapat pelbagai gambar di upload dgn pelbagai aksi yang menarik...

nah!!

salah siapa? siapa yang mengundang masalah? tanpa angin pokok takkan bergoyang... so, jangan cari masalah.. per2 yang berlaku kaji diri dulu.. apa silapnyer...

.....................

ok.. if betul tuk kawan2 senang cari kita.. letak jelah satu gambar kiter secara beramai-ramai.. satu pun dah cukup .. orang dah dapat kenalpasti kiter... betul tak..

bukan apa ia untuk kebaikan kita... jangan sampai kita 'menjadi target' kepada nafsu yang berhati binatang..

jaga diri mu wahai penghias dunia .. dan kepada yang berpurdah even anda berpurdah namun aksi2 anda turut dapat mengundang bahaya..


'BERHATI-HATI"


p/s: jaga diri kita untuk yang lebih berhak...

Thursday, March 25, 2010

bunga biasa

memang ia mawar berduri,
namun ia tetap bunga,
tetap ada sifat si bunga padanya...
boleh dirosak kumbang durjana..
boleh hanyut ditiup bayu dunia..
hatinya lembut sepertinya fitrahnya..
maka mohon sekalian yang ada..
peka dengan kehadiran dirinya..
mohon letakkan ia di dalam kaca..
andai ia mula keluar darinya..
lantaran...
mawar pasti terasa lemah melawan jahiliah dunia..
mohon hulurkan penawar racun berbisa..
agar mawar berduri terus di dalam kaca dan tidak cuba keluar darinya..

Tuesday, January 5, 2010

....

langkah bermula tanpa bicara..
lantaran kata hati ia sukar untuk dibicara..
maka ia terus sunyi mengikut arus dunia..
konon katanya...
untuk mengumpul semangat membara..
mecantas omongan kosong mereka yang banyak bicaranya..

lalu tarbiah meniti...
dia tersedar diterpa sebuah realiti..
diam tanpa bicara itu racun di hati.
bagi matlamat yang Hakiki, abadi dan suci..
lalu mula meniti kehidupan mangharap cinta Illahi..
dia redha hidup secara amal jama'i..